Feel Like Your Own Kampung!

Feel Like Your Own Kampung!

Jumaat, 8 Jun 2012

Serasi 7 Homestay, Penang: Serasi 7 Homestay, Penang

Alhamdulillah, kini Homestay baru kami telah beroperasi sepenuhnya...

Layari
Serasi 7 Homestay, Penang: Serasi 7 Homestay, Penang: - Apartment type (Corner Lot) @ Tingkat 1 - 3 bilik tidur (2 Aircond) / 2 bilik air - Peti sejuk, periuk nasi, Microwave dll - TV 21”...

Ahad, 20 Mei 2012

Walimatul Urus Annie & Anuar


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya sekeluarga berbesar hati mempersilakan YAM/YM/YAB/YB/Tan Sri/Puan Sri/Dato'Seri/Datin Seri/Dato'/Datin/Tuan/Puan  seisi keluarga ke majlis Perkahwinan Puteri kami:

Nur Annie Ellanie Binti Haji Haris (HM)
dengan pasanganya
Mohd Anuar Bin Che Din

Pada : 26 Mei 2012 (Sabtu)
Tempat : Homestay De Kampung, KM11, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

Terima kasih.



Sempena Majlis ini, tiada tempahan homestay akan dibuat. Harap Maklum. Terima kasih.

Selasa, 8 Mei 2012

Rombongan Perkahwinan ke Homestay de Kampung sepanjang April 2012

Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,





Pihak Homestay de Kampung ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa rombongan perkahwinan yang sudi singgah menginap di homestay kami sepanjang bulan April 2012. Diantaranya ialah rombongan

1. En Khairul dari Marang, Terengganu dari 15 - 16 April 2012


2. Pn Khairiah dari Ipoh, Perak dari 20 - 22 April 2012


3. Pn Ina dari Pulau Pinang dari 27 - 28 April 2012

Semoga sudi berkunjung lagi!!!



 

Sabtu, 5 Mei 2012

Rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani

Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,



Pihak Homestay de Kampung ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Fithri dan rombongannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak kerana sudi singgah menginap di homestay kami dari 5 - 6 Mei 2012.

Selasa, 10 April 2012

Rombongan dari Pusat Latihan Polis Air Hitam

Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,


Pihak Homestay de Kampung ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Noor Rejab dan rakan-rakan dari Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan kerana sudi singgah menginap di homestay kami dari 10 - 16 April 2012.

Isnin, 12 Mac 2012

Rombongan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad

Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,




Pihak Homestay de Kampung ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Rashidah dan rombongannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Muar, Johor kerana sudi singgah menginap di homestay kami dari 12-14 Mac 2012.

Rabu, 22 Februari 2012

Logo Rasmi Homestay De Kampung

Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,

Dengan sukacitanya kami di Homestay De Kampung melancarkan logo baru dan juga pakej terbaru kami sempena tahun 2012. Semoga pakej baru yang kami tawarkan ini, dapat memberikan anda keselesaan dan tawaran harga yang amat jauh berpatutan dari homestay yang lain. Semua ini adalah hasil dari sokongan dan sumbangan idea pengunjug-pengunjung yang telah datang dari dalam Negara dan Luar Negara.

Sekalung penghargaan kami ucapkan! Moga kita dapat bertemu lagi. InsyaAllah!

Sekian, Wassalam

Kak Wan







Selasa, 2 Ogos 2011

Serambi Suite (Family Room)

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia!



Serambi Suite



Kini kami telah mengubahsuai dan menaiktaraf Pakej Serambi Suite dengan bilik yang berhawa dingin! Bilik yang sesuai dan ideal bagi keluarga kecil. Tempahlah Sekarang!!!


Family Room (Aircond)




Ruang Tamu - Kipas


Ruang Makan


Bilik Air




Kelengkapan :

- Family Room (1 Katil Queen + 1 Katil Single) Aircond
- Ruang Tamu + Ruang Makan
- TV Standard Channel
- Wifi
- Mini Freezer
- Electric Kettle 
- Extra Toto + Bantal

Harga :

RM100/malam


Isnin, 11 Julai 2011

Pejabat Pendaftaran dan HM Biz Mini Mart

Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah,
Berkat sokongan dan hasil pertambahan begitu ramai pengungjung dari tahun ke tahun, kini kami Homestay De Kampung, dengan bangganya mengumumkan pembukaan Pejabat Pendaftaran dan HM Biz Mini Mart. Dapatkan segala barangan keperluan asas, makanan ringan, dan sebagainya dengan harga yang amat berpatutan! Tempahan kek juga boleh didapati di sini. (Rujuk Tab HM Biz Corner) .Kami juga turut mempunyai servis Eload prabayar (Topup Prepaid) Maxis, Celcom , Digi dll di HM Biz Mini Mart kami ! Kunjungilah sekarang !

Jalinan Kasih

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia...


Chalet Jalinan Kasih



Ruang Tamu (Aircond)


Tingkat Atas (3 Katil - Kipas)


Ruang Memasak


Bilik Air





Alhamdulillah,

Berkat sokongan dan hasil pertambahan begitu ramai pengungjung dari tahun ke tahun, kini kami MY Kampung mengumumkan pembukaan Chalet ketiga kami yang diberikan nama Jalinan Kasih  di alamat yang sama. Chalet 2 tingkat ini sesuai untuk pengunjung yang mempunyai citarasa desa yang permai. Tempahlah sekarang!



Kelengkapan :

- 3 Katil Single
- Ruang Tamu + Ruang Makan (Aircond)
- TV Standard Channel
- Wifi
- Mini Freezer
- Electric Kettle 
* Boleh Memasak

Harga :

RM 120/malam

Wifi De Kampung



Salam Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia,

Dengan permintaan oleh ramai pengunjung terutamanya golongan pelajar dan pendidik yang sering menginap di Homestay kami, dan demi menyahut seruan Kerajaan Malaysia agar Warganya Celik IT,
Kami 'Homestay De Kampung' dengan bangganya melancarkan kemudahan 'Wifi De Kampung' * untuk pengunjung yang menginap di Homestay kami.


(*tertakluk kepada terma dan syarat)